Nombor untuk setiap jari sebagai panduan meletak jari kamu nanti di atas fretboard gitar. |
Chord C major |
C major |
E A D B G E ialah tune untuk setiap string gitar.
A minor |
Chord progression ialah pergerakan dan pertukaran kord dari kord pertama hingga yang seterusnya, Kalau kamu sudah tahu menekan string gitar dengan jari kamu untuk kord C dan Am, cuba pula mainkan dua kord itu bersilih ganti, dua kali strum atau dua kali petik keseluruhan string gitar untuk satu kord. Strum ialah perbuatan menyentuh keseluruhan tali atau string gitar dengan tangan untuk membunyikan kesemua string gitar itu menggunakan pick atau jari tangan kanan sahaja.
strum pertama C |
strum kedua Am |
petikan pertama C |
petikan kedua G |
strumm keempat F |
strumm ketiga Am |
Chord progression untuk kord A minor. Am - F - C - G
Petikan pertama A minor |
Petikan kedua F |
Petikan ketiga C |
Petikan keempat G |
Dalam chord progression lain yang bermula dari kord C atau Am, E minor dan D minor juga ada diguna.
kord E minor |
Kord D minor |
Chord progression untuk kord C yang ringkas dibawah ini berasal dari muzik klasikal seperti Canon karangan Pachelbel dan Air on G String karangan J.S.Bach.
C - Em - Am - G - F - Em - Dm - G
atau prog biasa seperti dibawah
C - G - Am - G
Di bawah chord progression untuk chord atau kord A minor.
Am - F - C - G
atau prog biasa seperti dibawah
Am - Dm - G - C - F - Dm - Em - Am
Chord prog yang ini pula biasa terdapat dalam lagu pop tempatan. Ia juga berasal dari chord progress muzik klasikal eropah seperti dalam karangan lagu komposer Mozart, Beethoven dan Nikolai Rimsky Korsakov. Cuba mainkan dan berlatih kord progression diatas dua kali strum untuk satu kord. Setelah kamu mahir menukar kord-kord di yang diatas, boleh kamu berlatih teknik strum yang lain pula. Mudah-mudahan panduan ringkas di atas serba sedikit dapat mengajar dan membolehkan kamu bermain gitar dalam masa beberapa hari hingga satu minggu.
Download Ebook Percuma Panduan Menjana Wang Dari Internet
Panduan Belajar Gitar Bahagian 2
Kamu tidak boleh menjadi seorang pemain gitar pro mega super shredder dalam 1 hari. Kerana tidak ada orang yang boleh belajar dan terus pandai bermain seperti tahap pro dalam satu atau dua hari saja. Untuk menjadi menjadi seorang yang betul-betul pandai bermain gitar, kamu mesti belajar dari asas. Seorang pemain gitar perlu kira-kira 5 hingga 10 tahun untuk menjadi seorang pemain gitar profesional yang betul-betul mahir. Perkara yang paling penting yang kamu mesti belajar pertama adalah kord gitar. Bermula dari bahagian pertama diatas kamu telah diajar untuk bermain kord gitar asas seperti C, G dan F major.
Kord yang diajar dalam bahagia pertama ialah jenis kord terbuka atau open kord.
Perkembangan kord atau kord progression yang bermula dengan kunci utama kord C juga boleh dimulai dalam kord yang lain.
Sumber : http://belajargitarcaramudahdanringkas.blogspot.com/
Salam kenal semua, bagi penggemar gitar yg ingin mengasah permainan gitar secara lengkap & mengunduh materi utk pemula, blues, jazz silahkan klik www.gitarzoom.blogspot.com
BalasHapus